Alhamdulillah, setelah setahun setengah bergelar suami isteri, syukur Ya Rabb kerana telah disahkan hamil.. Syukur dan gembira tidak terhingga ketika itu kerana dia lah zuriat yang kami nanti-nantikan selama ini...Ya Allah, terima kasih dan alhamdulillah kerana Kau telah mengabulkan permintaan kami..
Pada awalnya saya sendiri membuat UPT test di rumah memandangkan "tetamu" yang sepatutnya datang tidak juga kunjung tiba...I was really schocked. It was somewhere in September 2014. Dengan sabar, saya menunggu suami balik dari kerja dan terus tunjuk kepadanya result tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, kami sepakat untuk ke klinik dan disahkan hamil 8 minggu & EDD on 24 June 2015. We both are happy. Alhamdulillah.
Bermula la kisah kena buat check up & buka buku merah di klinik.
Suami mencadangkan supaya saya pergi buat check up di sebuah poliklinik di Seri Kembangan, walaupun jauh ku turutkan jua :-) Bulan berganti bulan suami menemani saya check up. Alhamdulillah....
Bila perut pun dah makin besar, mula la start kena pakai maternity clothes. So, pergi shopping la sedikit sebanyak, memandangkan ni 1st pregancy mana la ada baju macamtu..
Sewaktu 6 bulan kandungan, kami telah mengetahui jantina baby. Alhamdulillah, its a BOY and Alhamdulillah tiada masalah dengan kandungan. saya juga tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang hamil kecuali sewaktu menggosok gigi pada waktu pagi.Its a priceless experience.
Sewaktu kandungan memasuki 8 bulan, kami bersepakat untuk ke klinik swasta berdekatan rumah memandangkan jarak ke Seri Kembangan sangat jauh. Sewaktu check up, kadang-kadang tekanan darah ada yang agak tinggi (even its in border line) bahaya for pregnancy mum, so doktor advise untuk datang buat check up 2 kali semnggu.. Setiap kali check up, setiap kali tu la scan for baby..
Excited mama and abah to be ;-)
No comments:
Post a Comment