Thursday, September 3, 2015

Our New Life

Alhamdulillah, after 1 year menyulam cinta kami telah selamat diijab kabulkan pada 23 Mac 2013. Tiada kata-kata dapat diungkap untuk menzahirkan rasa syukur kepada-Nya atas kurniaan seorang suami untuk saling melengkapkan hidup ini, untuk membimbing diri ini dalam mencari redha Ilahi dan dalam mencari keberkatan hidup. Alhamdulillah, Mohd Qasim adalah imam yang telah dianugerahkan oleh-Nya kepada ku.

Satu majlis yang sederhana telah disempurnakan di rumahku pada 23 Mac 2013. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku telah telah selamat menjadi tunang kepada Mohd Qasim tepat jam 12.00 tengah hari. Sejuta perasaan telah menyelubungi diriku pada ketika itu.

Kami sekeluarga telah bersepakat untuk mengadakan majlis pertunangan & majlis akad nikah serentak pada hari yang sama memandangkan aku memang hendak merasakan adat bertunang memandangkan ini adalah perkara yang dirasai sekali seumur hidup. Selain itu, keadaan kesihatan papa yang tidak mengizinkan pada ketika itu turut menyebabkan kami mengambil keputusan ini. Seminggu sebelum majlis, papa jatuh dan patah tangan dan telah dimasukkan ke hospital. Hanya Tuhan yang tahu keadaan ketika itu, betapa kelam kabut aku menguruskan persiapan seorang diri memandangkan mama berada di hospital untuk menjaga papa. Alhamdulillah, dengan bantuan saudara mara segala persiapan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Selepas waktu zohor pada hari yang sama, berlangsung pula majlis akad nikah. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz kami sah disatukan menjadi suami isteri. Syukur dan gembira yang tidak terhingga ketika itu. Di dalam kegembiraan itu, aku telah mengingatkan diri aku bahawa aku kini telah menjadi isteri dan tanggungjawab ku kini telah bertambah. Insya Allah akan aku tunaikan & jalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Pada 25 Mac 2013, satu majlis resepsi telah diadakan di rumahku. Alhamdulillah, dengan kehadiran saudara mara dan tetamu, majlis telah berlangsung dengan baik dan sempurna.

Pada 26 Mac 2013, majlis menyambut menantu pula. Alhamdulillah, juga berlangsung dengan baik.

Doa aku, semoga hubungan ini sentiasa di dalam redha Ilahi dan bahagia berkekalan hingga ke Jannah di samping anak-anak yang soleh dan solehah. Insha Allah, Amin Ya Rabb...

Terima kasih untuk semua yang terlibat, terutama keluarga kedua-dua belah pihak, saudara mara, katering, bridal, mak andam, photographer dan semua lah....heheh

Bermula la fasa kehidupan kami dan doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah.
























No comments:

Post a Comment